Wednesday, September 23, 2009

DIARI SEORANG WANITA(V.LA CLASSIC)

Malam yang sentiasa menjelma, begitu dirimu yang sentiasa ada dalam hidupku.
Kesamaran malam yang datang, begitulah kesamaran aku terima kau pada masa dahulu.
kini keyakinan aku pada kau mula menebal, kerana aku tahu setiap perkataan yang kau luahkan dan yang kau tuturkan mempunyai suatu kejujuran dalam isi hatimu.
Maaf andai aku membuat kau berasa terbuang.
Bukan itu maksud utama dalam hidup kita untuk bahagia.
Aku yang selalu di alam khayalan tidak pernah sedar akan keindahan didalam dunia yang nyata.
Terima Kasih kerana sudi terima diriku yang serba kekurangan.
Walaupun begitu, aku kini lebih menyanyangi dirimu lebih dari dahulu.
Maafkanlah segala kesilapanku.
Cuma 1 yang ku pinta sayangilah diriku sepenuh hatimu hingga akhir hayatku.
Aku sentiasa sayang dirimu walaupun hidup penuh dugaan kerana bagiku kau adalah permulaan bagi perjalanan hidupku.
Aku juga mahu kau adalah perjalanan akhir dalam hidupku.

Luahan hati dari isterimu yang menyanyangi dirimu tanpa kau sedari.

No comments: