Wednesday, September 23, 2009

DIARI SEORANG WANITA(V.LA CLASSIC)

Malam yang sentiasa menjelma, begitu dirimu yang sentiasa ada dalam hidupku.
Kesamaran malam yang datang, begitulah kesamaran aku terima kau pada masa dahulu.
kini keyakinan aku pada kau mula menebal, kerana aku tahu setiap perkataan yang kau luahkan dan yang kau tuturkan mempunyai suatu kejujuran dalam isi hatimu.
Maaf andai aku membuat kau berasa terbuang.
Bukan itu maksud utama dalam hidup kita untuk bahagia.
Aku yang selalu di alam khayalan tidak pernah sedar akan keindahan didalam dunia yang nyata.
Terima Kasih kerana sudi terima diriku yang serba kekurangan.
Walaupun begitu, aku kini lebih menyanyangi dirimu lebih dari dahulu.
Maafkanlah segala kesilapanku.
Cuma 1 yang ku pinta sayangilah diriku sepenuh hatimu hingga akhir hayatku.
Aku sentiasa sayang dirimu walaupun hidup penuh dugaan kerana bagiku kau adalah permulaan bagi perjalanan hidupku.
Aku juga mahu kau adalah perjalanan akhir dalam hidupku.

Luahan hati dari isterimu yang menyanyangi dirimu tanpa kau sedari.

Wednesday, September 9, 2009

UISHHHHH...

Mengeluh itu lah perkara yang orang selalu lakukan...
bagi aku mengeluh itu bukan 1 perbuatan tp setiap yang mengeluh itu pasti suatu beban...mengapa perlu mengeluh?

tanya pada diri..persoalan pada hati...

hidup penuh dengan dugaan..hidup penuh dgn ujian...pancaroba dan kekusutan..seronok menjadi baby xperlu fikir aper yang berlaku.. tp itulah lumrah kehidupan...

yang kecil akan menjadi besar...yang muda akan menjadi tua....

kehidupan yang nyata...dugaan harus dipikul bagai pikul beban yang berat. walaupun berat tetap harus pikul juga...

Monday, September 7, 2009

BAYANG-BAYANG SEBUAH KEHIDUPAN.

Kalau dikatakan bayang-bayang iaitu sebuah kehidupan yang tidak dapat hendak digapai....
kita kejar bayang-bayang itu tapi tetap tidak dapat untuk kita gapai....
bila di sentuh bayang-bayang itu tidak dapat merasakannya..

terlalu indah melihat bayang-bayang...
kadang kala sehingga lupa dialam nyata.
walaupun hitam pada bayang-bayang...
tetapi tetap mempunyai keindahan yang tersendiri.

tiada siapa yang dapat untuk gengam bayang-bayang itu...
bahkan rasanya pun jauh untuk dibelai...

bayang-bayang hanya dapat dilihat..
tetapi tidak dapat dirasai..

begitulah kehidupan yang bagai bayang-bayang...
dapat dilihat dan idamkan..
tetapi untuk merasai sebuah kehidupan memerlukan sebuah pengorbanan...

walaupun begitu anggaplah kehidupan ini adalah yang terindah dan terdamai....
moga kehidupan yang baik akan dapat diselami juga.