Wednesday, November 5, 2008

hari semakin hampir...

hye...semakin nak kawin semakin penat aku rasa...
yer la semua nak kena wat..patut ler org kata nak kawin nie bukan senang...
tanggungjawab berpikul2...kadang2 byk gak tertny2 mcm mn nak tahu yg kita nie boleh menjalankan suatu tugas tue dgn baik..?tah la aku sendiri pun x faham dgn aper yg berlaku..

kadang2 aku jd penat sgt...yer la mn nak jlnkan tugas mn nak layan kerenah manusia yg ade kat luar tue..baik kiter wat hal kiter sendiri...
klu ikut kata org sampai biler pun hidup nie xkan aman..

hidup dgn cara sendiri tapi boleh wat semua org aman tgk kiter...itu adalah yg terbaik...kiter xboleh buat org rasa suker dgn kiter...sbb org akan sentiasa cari dimn salah kiter...

Tuesday, September 30, 2008

SESAAT

Sesaat masa ini akan merubah segalaya...
dari seorg yang solo menjadi awek orang...
dari seorg awek menjadi tunangan orang...
dari menjadi tunangan orang menjadi milik mutlak seseorg iaitu isteri orang...

esok hari raya...
da sebulan rupanya kuta berpuasa...
aku tak sangka pulak lagi 2 bulan aku menjadi isteri...,
esok aku cadang nak pakai baju warna coklat...
orang cakap coklat tue low profile..

hehehehe....
tahun nie aku seorg..tahun depan aku raya dengan suami aku pulak..
hahahahaha....
rupanyer aku nak jadi bini org da...
tak sangka...kawan2 aku punya ler kutuk aku..
ade ker patut diorg ckp aku x layak jadi bini org....
huhuhu..sedihnye..
sebab aku nie macam xder ciri2 nk kawin..
bergaduh macam budak kecik..
kikiki..
biasa ler nak manja2...
kadang2 terlebih manja pun ade gak..
hahahahahaaa.....

tapi dia suker layan...
klu dia malas layan da nampak da muka sememeh dia..
tapi klu dia marah jgn buat loyar buruk..buruk padahnye...

Wednesday, September 17, 2008

Bukan untuk Sesaat

Entah mengapa kini kasih
Ku rasa berbeza
Dirimu seakan berubah
Sekelip mata
Kemana kau menghilang
Canda dan senyummu kekasih
Sungguh tak mengerti
Tidakkah kau sedari
Keikhlasan ini
Setia di sisimu
Katakanlah kekasih
Jangan kau pendam lagi
Ceritakanlah segala masalahmu kepadaku
Yakinkanlah hati mu
Diriku mencintai mu
Bukan untuk sesaat
Bukan untuk seketika
Tapi untuk selamanya
Entah mengapa
Kini kasih ku rasa berbeza
Dirimu seakan berubah
Dalam sekelip mata

Tuesday, September 9, 2008

Mimpi Yang Sempurna


Mungkinkah, bilaku bertanya

Pada Bintang-bintang

Dan bila Kumula merasa

Bahasa kesunyian.....


Sedarkan

Aku yang berjalan

Dalam kehampaan

Terdiam terpada terbata

Semua dalam keraguan...


Aku dan semua

Yang terluka karena kita....


Aku kan menghilang

Dalam pekat malam

Lepasku melayang

Biarlah ku bertanya

Pada bintang-bintang

Tentang arti kita

Dalam mimpi yang sempurna....


Aku dan semua

Yang terluka

karena kita

Aku kan menghilang

Dalam pekat malam

Lepasku melayang

Biarlah ku bertanya

Pada bintang-bintang

Tentang arti kita

Aku kan menghilang

Dalam pekat malam

Lepasku melayang


Biarlah ku bertanya

Pada bintang-bintang

Tentang arti kita

Dalam mimpi yang sempurna...

kesunyian


Ku cuba redakan relung hati,

Bayangmu yang berlalu pergi,

Terlukis di dalam kenangan,

Bebas bermain di hatiku….


Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan,

Kau abadi di dalam hatiku….


Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,

Cerita tentang kau dan aku,

Kini tinggal hanya kenangan

,Kau abadi di dalam hatiku….


Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,

Derita yang mendera kapan akan berakhir,

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Monday, September 8, 2008

DEMI KEHIDUPAN

Ramai yang melihat diriku ini sempurna....tapi kenyataan yang sukar untuk dibendung adalah bahagiakah aku kelak..?
Teguhkah istana yang dibina diatas dasar cinta..?
Benarkah cinta itu dapat membahagiakan semua pasangan yang bercinta..?
butakah manusia yang bercinta..?
Salahkah manusia yang bercinta..?
Adakah cinta itu melalui kecantikan paras rupa..?
Cinta yang sempurna mempunyai pelbagai corak..
Corak antara cantik dan tidak sahaja...
melalui corak itulah bru kita tahu jalan kehidupan yang dilalui..
hanya pelukis sahaja yang tahu tentang erti sebenar sebuah lukisan...
hanya ibu ayam sahaja yang tahu tentang anak nya yang sebenar....
belum tentu lukisan yang cantik tidak mempunyai kecacatannya..
Kesempurnaan tidak dapat dilekapi manusia tetapi yang bisa mengecapi kesempurnaan ini adalah TUHAN..
hanya DIA yang berhak dalam menentukan semua ini...

HARIKU


Da lame aku tak usik blog nie...aku pun pelik mn aku g...hihihihi...

macam biasa aku ade lagi disini...

Cuma sekarang nie aku tengah sibuk dalam meneruskan sebuah kehidupan..

Sekarang nie aku ingin meneruskan dan mengenali erti sebuah kehidupan....

Dalam sibuk meneruskan kehidupan aku akan bakal menempuhi satu kehidupan baru...
kehidupan harus diteruskan...Cuma di bulan ramadhan ini aku agak sibuk dengan pelbagai persiapan...persiapan nak raya, persiapan nak raya haji and persiapan untuk jadi raja sehari...
Terlalu banyak yang aku perlu lakukan dalam meniti sebuah kehidupan...

Friday, July 25, 2008

RINTANGAN SEBUAH KEHIDUPAN

Senang untuk katakan sayang tapi amat sukarlah untuk melaksanakan sayang itu...
Aku kata begini kerana aku sedang menghadapinya...
Kalau hanya dengan perkataan yang dapat merungkai semua perkataan tidak perlu manusia rasa susah untuk menerima apa yang dikatakan....
Aku tidak pasti apakah istana yang aku buat ini adalah istana pasir yang berada di tepian pantai atau istana yang akan mencapai mahligai sehingga ke hujung dunia ini....
Aku hanya takut jika istana pasir yang aku bina
istana ini akan roboh bila pantai bergelora...
Walaupun sekukuh mana sebuah istana yang aku bina...

Friday, July 18, 2008

DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

Kehidupan... Setiap manusia yang hidup sentiasa mengalami kehidupan ini dengan segala rintangan yang ada ini. perbezaan dalam menjalani kehidupan ini adalah lumrah bagi setiap orang yang bergelar manusia. Kemanisan dan juga kepahitan adalah resam dalam kehidupan.

Kekeliruan dalam kehidupan adalah lumrah bagi yang hidup. Dikala aku mencari erti sebuah perjalanan dalam menempuhi segala kekeliruan yang terbit, aku menemui sinar di dalam kekabusan hidup ini.

Perjalanan yang amat panjang ini kadang kala membuat aku penat untuk aku meneruskannya, dan ada kalanya keseronokan perjalanan ini membuat aku alpha dalam meniti hari.

Thursday, July 17, 2008

HIDUP AKU

Hari nie sekarang dan akan datang......
Hari nie aku just wat phone call utk client aku jer. Then aku up date diorg jer... semangat kerja pergh...hilang..
i want come back... aku kena wat basic ler dulu..
aku xleh nk trus laju... penat nak pertahankan aper yang ade. Mak & ayah dah mengamuk dengan aku. Kata nak kawin tapi sampai sekarang kursus kawin x g lagi.. Bila aku tanya dia jawapan mesti busy... Bengang giler aku dengan dia.. Aku terasa penat sangat nak cakap. Kalau aku cakap aku balik yang kena.. Better senyap ajer. Aku xtau macam mana dia... Cara nak kawin tapi tengok persiapan macam xnak kawin. 1 benda pun xder yang buat bersama. aku sendiri xtau aper yang dia da buat. aku punya ler rimas tengok perangai dia...

Wednesday, July 16, 2008


DEMI SEBUAH KEHIDUPAN
Orang selalu kata hidup ini kurang mendapat keadilan. Tapi ini adalah lumrah bagi sebuah kehidupan. Hidup bagai sebuah roda yang berputar. Aku sendiri yakin kehidupan mempunyai sebuah misteri yang amat pelik untuk ditafsirkan. Setiap manusia dalam dunia ini sukar untuk mentafsir apa yang terjadi. Kadang kala kita sendiri tidak menjangka apa yang telah kita lakukan tanpa kita sedar.
Terutama pada diri aku yang tidak lama lagi akan melangkah ke alam baru. Kadang kala keyakinan aku melebihi dari sebuah jangkaan. Tapi hakikatnya ketakutanlah yang menghantui hidup aku.
PERKAHWINAN... Orang selalu kata sesuatu yang bahagia. Tapi ada juga yang kata terlalu perit. Orang tua-tua selalu pesan sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula orang berumah tangga.
Aku selalu dengar dah kawin nanti masalah tak timbul.. Tapi sebenarnya banyak masalah selalu timbul ketika kahwin. Tapi kalau bijak mengatasi masalah insyallah apa yang akan dan bakal terjadi dapat ditangani.
Kepercayaan yang paling penting.. Aku selalu berdoa agar aku kekal bahagia..biarlah sama-sama makan madu, cuka dan hempedu bersamanya...
Amin